Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Selasa, 17 Julai 2012

Download Buku Sayyid Qutb, Beberapa Studi tentang Islam


Buku Beberapa Studi tentang Islam yang merupakan terjemah dari درسات إسلامية adalah salah satu karya Sayyid Qutb. Buku ini, meskipun tidak sepopular Ma'alim fi Ath-Thariq dan Fi Zhilalil Qur'an, sangat berharga dan berpengaruh bagi pergerakan Islam. Ini kerana, di samping buku ini membawa semangat perjuangan Islam juga memberikan beberapa dhawabit bagi pergerakan Islam.

Ada 36 bab dalam buku ini yang sebenarnya merupakan makalah-makalah terpisah Sayyid Qutb yang ditulis pada waktu berbeza. Namun, setelah digabungkan dengan sistematik yang ada dalam buku ini, ia menjadi sebuah buku yang memiliki alur pemikiran yang solid.

Sayyid Qutb
 memang seorang ideologi dakwah yang produktif menulis. Selain buku Beberapa Studi tentang Islam ini, buku-bukunya yang sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia antara lain: Tafsir fi Zhilalil Qur'an, Ma'alim fith Thariq, Indahnya Al-Qur'an Berkisah, Al-Qiyamah, Keadilan Sosial dalam Islam, dan Membangun Semangat Ruhiyah dengan Doa.



untuk menDOWNLOAD, sila KLIK link dibawah :


http://www.ziddu.com/download/8837674/BeberapaStudiTentangIslam_SayyidQutb.pdf.html

Jumaat, 6 Julai 2012

Srikandi Disebalik Sayyid Qutb



Di dalam kesempatan ini, kita akan mengambil peluang untuk mengenali tokoh srikandi yang menjadi sendi penting di dalam ketokohan Asy-Syahid Sayyid Qutb itu sendiri. Semoga ia menjadi dorongan kepada wanita muslimah hari ini untuk menggembeleng peranan dan potensi mereka ke arah produksi lebih ramai insan luar biasa seperti Asy-Syahid Sayyid Qutb di tengah-tengah gelombang cabaran akhir zaman ini.

Bonda Sayyid Qutb berasal dari sebuah keluarga yang mulia. Beliau berkahwin dengan Qutb Ibrahim, ayahanda kepada Sayyid Qutb sebagai isteri kedua, tinggal bersama-sama Qutb Ibrahim seketika di Kaherah sebelum pulang ke kampung bersama keluarganya.

Ahad, 1 Julai 2012

MENANTI RAMADHAN...






Puasa-Puasa di Bulan Sya'ban

Disunatkan berpuasa keseluruhan hari di bulan Sya’ban atau kebanyakan harinya. Ini berdasarkan hadis dari Ummu Salamah r.a. yang menceritakan; “Tidak pernah Nabi s.a.w. berpuasa (sunat) sebulan penuh dalam setahun kecuali di bulan Sya’ban di mana baginda menyambungnya dengan Ramadhan” (HR Imam Abu Daud dan an-Nasai). ‘Aisyah r.a. pula menceritakan; “Rasulullah s.a.w. kadang-kadang terus-menerus berpuasa hingga kami menganggap beliau tidak berbuka langsung, dan kadang-kadang beliau terus-menerus berbuka hingga kami menganggap beliau tidak berpuasa langsung. Namun demikian, aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat beliau paling banyak berpuasa sebagaimana beliau berpuasa di bulan Sya’ban”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).
Menurut ulamak; difahami dari hadis-hadis di atas bahawa Nabi s.a.w. adakalanya berpuasa sebulan penuh di bulan Sya’ban dan adakalanya baginda tidak berpuasa sebulan penuh tetapi pada kebanyakan harinya sahaja.

 

iLuvislam.com

Ingatlah

Dari Abu Hurairah R.A., dari Nabi S.A.W., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah (s.a.w.)".

Jumlah Paparan Halaman