Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Selasa, 18 September 2012

Download Kitab معالم في الطريق






هذه المعالم لابد أن تقام من المصدر الأول لهذه العقيدة . . القرآن . . ومن توجيهاته الأساسية ، ومن التصور الذي أنشأه في نفوس الصفوة المختارة ، التي صنع الله بها في الأرض ما شاء أن يصنع ، والتي حولت خط سير التاريخ مرة إلى حيث شاء الله أن يسير .
لهذه الطليعة المرجوة المرتقبة كتبت " معالم في الطريق " . منها أربعة فصول مستخرجة من كتاب " في ظلال القرآن " مع تعديلات وإضافات مناسبة لموضوع كتاب المعالم . ومنها ثمانية فصول - غير هذه التقدمة - مكتوبة في فترات حسبما أوحت به اللفتات المتوالية إلى المنهج الرباني المتمثل في القرآن الكريم .. وكلها بجمعها - على تفرقها - أنها معالم فى الطريق ، كما هو الشأن في معالم كل طريق ! وهي في مجموعها تمثل المجموعة الأولى من هذه " المعالم " والتي أرجو أن تتبعها مجموعة أخرى أو مجموعات ، كلما هداني الله إلى معالم هذا الطريق !

" طبيعة المنهج القرآني " . . و " التصور الإسلامي والثقافة " و " الجهاد في سبيل الله " و " نشأة المجتمع المسلم وخصائصه ".



****


ولكن الله-سبحانه- وهو العليم الحكيم، لم يوجه رسوله- صلى الله عليه وسلم- هذا التوجيه! إنما وجهه إلى أن يصدع بـ (لا اله إلا الله) ، وان يحتمل هو والقلة التي تستجيب له كل هذا العناء !
لماذا ؟ أن الله-سبحانه- لا يريد أن يعنت رسوله والمؤمنين معه. إنما هو-سبحانه- يعلم أن هذا ليس هو الطريق،ليس الطريق أن تخلص الأرض من يد طاغوت روماني او طاغوت فارسي، إلى يد طاغوت عربي. فالطاغوت كله طاغوت! إن الأرض لله، ويجب أن تخلص لله. ولا تخلص لله إلا أن ترفع كلمة (لا اله إلا الله). وليس الطريق أن يتحرر الناس في هذه الأرض من طاغوت روماني او فارسي، إلى طاغوت عربي. فالطاغوت كله طاغوت! أن الناس عبيد لله وحده، ولا يكونون عبيداً لله إلا أن ترتفع راية(لا اله إلا الله)-لا اله إلا الله كما يدركها العربي العارف بمدلولات لغته،: لا حاكمية إلا الله، ولا شريعة إلا من الله، ولا سلطان لأحد على احد، لان السلطان كله لله، ولان( الجنسية) التي يريدها الإسلام للناس هي جنسية العقيدة، التي يتساوى فيها العربي والروماني والفارسي وسائر الأجناس والألوان تحت راية الله.



***



إنها قضية عقيدة ومعركة عقيدة . . وهذا ما يجب أن يستيقنه المؤمنون حيثما واجهوا عدواً لهم . فإنه لا يعاديهم لشيء إلا لهذه العقيدة " إلا أن يؤمنوا بالله العزيز الحميد " ويخلصوا له وحده الطاعة والخضوع !
وقد يحاول أعداء المؤمنين أن يرفعوا للمعركة راية غير راية العقيدة ، راية اقتصادية أو سياسية أو عنصرية ، كي يموَّهوا على المؤمنين حقيقة المعركة ، ويطفئوا في أرواحهم شعلة العقيدة . فمن واجب المؤمنين ألا يُخدعوا ، ومن واجبهم أن يدركوا أن هذا تمويه لغرض مبيت ، وأن الذي يغير راية المعركة إنما يريد أن يخدعهم عن سلاح النصر الحقيقي فيها ، النصر في أية صورة من الصور ، سواء جاء في صورة الانطلاق الروحي كما وقع للمؤمنين في حادث الأخدود ، أو في صورة الهيمنة - الناشئة من الانطلاق الروحي - كما حدث للجيل الأول من المسلمين .
ونحن نشهد نموذجاً من تمويه الراية في محاولة الصليبية العالمية اليوم أن تخدعنا عن حقيقة المعركة ، وأن تزور التاريخ ، فتزعم لنا أن الحروب الصليبية كانت ستاراً للاستعمار . . كلا . . إنما كان الاستعمار الذي جاء متأخراً هو الستار للروح الصليبية التي لم تعد قادرة على السفور كما كانت في القرون الوسطى ! والتي تحطمت على صخرة العقيدة بقيادة مسلمين من شتى العناصر ، وفيهم صلاح الدين الكردي ، وتوران شاه المملوكي ، العناصر التي نسيت قوميتها وذكرت عقيدتها فانتصرت تحت راية العقيدة !
{ وما نقموا منهم إلا أن يؤمنوا بالله العزيز الحميد }
.
وصدق الله العظيم ، وكذب المموهون الخادعون !


 التحميل

 /http://www.zshare.net/download/171079580d18ebcd/

MUTIARA KATA ISLAM oleh Sayyid Qutb





Mutiara Kata Islam 1
Islam hadir dengan  konsepsi yang bersahabat dengan penemuan-penemuan ilmiah di muka bumi, kerana Islam memang memberikan ruang bagi kreativiti ilmiah.

Mutiara Kata Islam 2
Umat Islam adalah sekelompok manusia yang kehidupan, konsepsi, sikap, tatanan, nilai-nilai, dan pertimbangannya terpancar dari manhaj Islam.

Mutiara Kata Islam 3
Dengan tata aturan apapun selain aturan Islam, sebahagian manusia memperbudak sebahagian yang lain dalam bentuk perbudakan tertentu; sementara hanya dalam manhaj Islamlah, manusia terbebas dari segala bentuk perbudakan sesama manusia.

Mutiara Kata Islam 4
Hanya dalam manhaj islamlah, manusia terbebas dari segala bentuk perbudakan sesama manusia. Dalam manhaj ini, manusia hanya menghambakan diri kepada Allah, menerima sesuatu dari Allah semata, dan tunduk hanya kepadaNya.

Mutiara Kata Islam 5
Referensi utama yang diadopsi oleh generasi pelopor adalah Al Quran, hanya Al Quran semata. Adapun sabda-sabda dan petunjuk Rasulullah SAW hanyalah merupakan satu dari beberapa konsekuensi yang bersumber dari Al Quran.


Mutiara Kata Islam 6
Tak ada seorang pun sahabat meminta banyak-banyak penyampaian Al Quran pada satu majlis. Karena ia merasa yang demikian itu hanya akan memperbanyak kewajiban-kewajiban dan aturan-aturan agama yang membebani pundaknya.

Mutiara Kata Islam 7
Seseorang  tatkala masuk Islam, bererti harus meninggalkan kesesatannya, yakni semua yang dilakukannya semasa jahiliyah.




Mutiara Kata Islam 8
Kita sekarang berada dalam suatu kejahiliyahan sebagaimana jahiliyah yang serukun dengan Islam, atau malah lebih mengenaskan. Semua yang ada di sekeliling kita adalah jahiliyah.

Mutiara Kata Islam 9
Laa ilaaha illallaah adalah sebuah revolusi terhadap kekuasaan (makhluk) bumi yang telah merampas hak-hak ketuhanan yang paling utama.

Mutiara Kata Islam 10
Thaghut tetaplah thaghut! Bumi ini adalah milik Allah, dan wajib dibebaskan demi Allah. Dan bumi ini tidak akan bebas demi Allah, kecuali dikibarkan panji laa ilaaha illallaah.

Mutiara Kata Islam 11
Moralitas haruslah berlandaskan akidah. Akidahlah yang menyusun konsiderans dan menetapkan nilai-nilai moralitas.

Mutiara Kata Islam 12
Satu janji itu adalah surga. Inilah yang dijanjikan untuk mereka yang telah berjihad, yang didera duka dan kegetiran, yang berjuang mati-matian di jalan dakwah.

Mutiara Kata Islam 13
Ketika telah terpatri akidah laa ilaaha illallaah di relung hati yang paling dalam maka seketika itu pula menjadi mapanlah tatanan yang mencerminkan laa ilaaha illallaah.

Mutiara Kata Islam 14
Islam bukanlah teori belaka yang hanya bergumul dengan hipotesa. Islam adalah manhaj yang bersentuhan langsung dengan realitas.

Mutiara Kata Islam 15
Suatu akidah hendaklah memenuhi relung hati dan menguasai sanubari. Akidah menghendaki manusia tunduk sepenuhnya kepada Allah dan hanya mau menerima hukum-hukum Allah, tidak yang lain.

Ahad, 9 September 2012

SASTERA DARI KACA MATA SAYYID QUTB



Sastera pada pandangan Sayyid Sayyid Qutb  adalah ta‘bîr mËÍin ‘an qiyamin hayyah yan fa‘ilu bihã Ìamîr al fannãn, takbir yang diilhamkan dari nilai –nilai yang hidup (yang peka) yang bergolak dalam jiwa artis tersebut. Pada pandangan Sayyid, adalah suatu perbuatan yang sia- sia untuk cuba mengasingkan sastera dari nilai-nilai ini. Al adab (sastera) dan al fann al Islamiy (seni Islam) pula adalah adab wa fann muwajjah, muwajjah bi tabî‘at al tasawwur al Islamiy lil Íayãh wa irtibãtãt al kã’in al basyari fîhã, sastera yang bermisi dan terarah. Bermisikan dan terarah oleh sifat semula jadi al tasawwur al Islamiy tentang kehidupan, dan komitmen harian manusia sebagai seorang Muslim dalam kehidupan sehariannya. Misi yang terkandung dalam (fikrah Islãmiyah) fikiran keislaman itu dengan sendirinya adalah (tabî‘at harakiyyah dãfi‘at) insentif yang dinamik untuk berkreativiti, mengarang dan mencipta, untuk membangun dan mencapai sesuatu matlamat. Islam tidak memerangi bidang seni tetapi memerangi sebahagian al (tasawwurãt) pandangan- pandangan “views” dan (al qiyam) nilai- nilai atau unsur- unsur yang dikemukakan oleh bidang seni. Islam ngin mengantikan tempat unsur dan nilai- nilai yang materialistik ini dengan tasawwurasãt “views” dan nilai- nilai yang lebih bermakna yang berupaya untuk mengurniakan dan melahirkan keindahan yang ulung, terbit dari al tasawwur al Islãmiy. Oleh itu, seni dan sastera Islam mempunyai (manhaj muÍaddat) kaedah yang tertentu yang mesti dipraktikkan dalam segala lapangannya. Dengan itu akan lahirlah seni dan sastera yang merupakan suatu penggambaran atau pengolahan yang lahir dari jiwa
expression of the soul” yang diselubungi overwhelmed oleh nilai dan perasaan keislaman. 



"التعبير الناشئ عن امتلاء النفس بالمشاعر اﻹسلامية"
Sastera dalam pandangan Sayyid Qutb adalah takbir muwajjah adalah ungkapan yang diilhamkan yang terhasil tatkala jiwa seniman terusik oleh nilai-nilai yang bernyawa dan segar (hayyah). Sungguhpun nilai-nilai ini berbeza-berbeza dari satu individu ke satu individu yang lain, namun yang pasti, nilai-nilai ini terbit/lahir dari gambaran/ pandangan yang tertentu tentang kehidupan, iaitu dari al taÎawwur yang tertentu.

Sastera Islam adalah sastera yang mempunyai misi dan terarah dan sastera Islam mempunyai kaedahnya yang khas yang wajib diterapkan. Persoalannya di sini, apakah arah dan misi yang dimaksudkan di sini? Apabila jiwa manusia telah terbiasa dan selesa dengan world view Islam tentang kehidupan, dengan sendirinya jiwa tersebut akan dapat mengenali  dan merasakan bentuk-bentuk seni yang tidak bercanggah dengan world viewIslam tersebut. Sastera Islam bukan sastera yang semata-mata memperkatakan tentang Islam, sejarah Islam atau tentang personaliti tertentu yang terkenal dalam Islam. Adapun sastera Islam adalah sekadar  ungkapan yang lahir dari jiwa yang telah dipenuhi dengan perasaan  dan intuisi (intuition) keislaman. 


Oleh itu proses pengkaryaan Islam harus bermula dengan memahami Islam itu dengan kefahaman yang betul dan tepat. Islam tidak boleh dibahagi-bahagikan. Dalam erti kata yang lain, Islam bukanlah sekadar mentafsirkan ayat- ayat al-Quran atau hadis di satu penjuru, kemudian berdakwah untuk berjihad di satu penjuru, kemudian memaparkan suatu adegan sejarah di satu penjuru, kemudian sastera atau seni di suatu penjuru dan penyelarasan cara pemerintahan kerajaan di suatu penjuru. Tidak, ini bukan cara Islam. Ini adalah kerana Islam adalah suatu pandangan tentang hidup, yang sempurna. Islam adalah minhaj, program yang konklusif, kamil dan komprehensif. 

Adalah sukar untuk memahami apa jua aspek yang berkaitan dengan Islam sekiranya kita tidak dapat memahami Ïabî‘at Islam itu sendiri sebagai satu kesatuan yang sempurna dan saling menyempurnakan. Islam bukan sekadar slogan- slogan yang patut dilaksanakan. Islam bukan sekadar da‘awah berbentuk moral. Islam bukan sekadar sistem pentadbiran atau sistem untuk ekonomi atau sistem untuk hubungan antarabangsa. Kesemua di atas hanya merupakan aspek-aspek tertentu dalam Islam dan bukanlah Islam secara keseluruhan. 

Cara berkarya dan berseni dalam Islam tidak terbatas sekadar memaparkan realiti tentang yang baik dan buruk, tentang kekuatan dan kelemahan, tentang yang kurang dan yang sempurna. Ia tidak juga terbatas sekadar memaparkan gambaran idealistik yang “partial” dan “biased” yang hanya dapat dilaksanakan dalam ‘alam yang khayal dan angan-angan. Islam melakarkan dalam jiwa individu gambaran yang tertentu tentang kehidupan. Jiwa individu tersebut membiasakan diri dengan pandangan tersebut. Jiwa tersebut akan cenderung untuk merealisasikan pandangan tersebut dalam bentuk kegiatan kreatif dengan rasa bertanggungjawab dengan membangunkan seluruh kehidupan berdasarkan pandangan tersebut.    


Sayyid Qutb telah menamakan ciri-ciri al-tasawwur al-Islami seperti berikut:
1.    Rabbaniyya (Ketuhanan) - Lordship.
2.    al-Harakah (Kesinambungan) - Constancy.
3.    al Thabat (Tetap) - Permanence.
4.    al Shumul (Komprehensif) - Comprehensiveness.
5.    al TawÉzun ( Keseimbangan) - Balance.
6.    Al Ijãbiyyat (Positif) - Positive.
7.    al Waqi‘iyyat (Realisme) - Realism.
8.    al TawÍîd (Keesaan) - Divine Oneness.

Rabbaniyya adalah ciri yang asas yang tidak boleh digantikan atau di perkecilkan. Seluruh aspek kewujudan manusia bermula dan berakhir dengan ciri ini. Sungguhpun manusia berupaya untuk menjangkau cakerawala dengan fikiran dan jiwanya, fungsi manusia dalam ‘alam ini masih terbatas kepada memenuhi peranannya sebagai khalifah Allah yang diciptakan untuk tujuan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah (Sayyid Sayyid Qutb, 1988: 45- 75).

Ciri kedua dan ketiga, al-harakah dan al-Thabat pula bermakna bahawa sungguhpun pembangunan dan perubahan terus-menerus berlaku dalam masyarakat Muslimin, akan tetapi berlegar di sekitar suatu kerangka yang mengandungi prinsip-prinsip yang tetap dan tidak berubah. Ini menunjukkan bahawa kandungan dan nilai- nilai Islam adalah abadi dan tidak berubah sedangkan aspek- aspek kehidupan sesuatu masyarakat dan cara mereka mengendalikan sesuatu perkara berbeza –beza di antara satu sama lain (Sayyid Qutb, 1988: 75- 95).

Ciri keempat , komprehensif bermula dengan faktor asasi iaitu pengiktirafan tentang keesaan Allah dan bahawa Allah berada di sebalik kejadian ‘alam ini. Islam memiliki pendekatan (approach) yang komprehensif dan berintegrasi (integrated) yang baik. Pendekatan ini meliputi konsepsi berhubung dengan “conscience” (kesedaran) dan perancangan (planning) dalam kehidupan manusia. Dalam erti kata lain, perlakuan “external” (luaran) manusia haruslah menuruti atau berdasarkan kepada kepercayaan dan pemikirannya. Dan ini adalah suatu “reflection” (refleksi) tentang prinsip Rabbaniyya(Sayyid Sayyid Qutb, 1988: 95- 118).

Al-Tawãzun adalah suatu “norm” (norma) di antara “the absolute divine” dan “the laws of the universe” peraturan ‘alam ini. Ciri al-Tawazun ini pula menghasilkan positiveness. Islam bersifat positif, aktif, berupaya (willing) dan dominan (Sayyid Sayyid Qutb, 1988: 119- 150).

Ciri ketujuh, al- Wãqi‘iyyat, Realisme. Islam menganggap manusia sebagai suatu entiti yang realistik (kã’in waqi‘iy) yang dibezakan oleh ciri-ciri tertentu (Sayyid QuÏb, 1988: 169- 188). Ciri kelapan, al TawÍîd, adalah paksi al-Tasawwur al-Islãmî. Seorang Muslim percaya bahawa Allah adalah “Supreme Ruler”, Pentadbir, dan Perancang kehidupan manusia, hubungannya sesama manusia, dan Penghubung kepada ‘alam ini dalam kehidupan secara umum (Sayyid Qutb, 1988: 189- 207).


Dalam konteks sastera Islam oleh kerana sastera Islam adalah suatu ungkapan yang menggambarkan/ membicarakan tentang ‘alam, manusia dan kehidupan dari perspektif                 al-Tasawwur al-Islami, maka hasilnya adalah:
1.    Dalam konteks Rabbaniyya, Sastera Islam haruslah sentiasa menggambarkan fungsi manusia di dunia ini terbatas sebagai khalifah dan hamba Allah. Tidak ada tempat untuk watak- watak seperti Hercules, half man half God.
2.    Dalam konteks harakah dan thabãt, “movement within a fixed boundary around a fixed axis” penulis Sastera Islam bebas bergerak dan berfungsi memperkatakan dan menceburi apa jua lapangan dalam tulisannya, tetapi yang tetap dan pasti adalah ia harus tidak terkeluar dan menyalahi nilai- nilai Islam.
3.    Sastera Islam juga bersifat syumul, komprehensif. Ia merangkumi segala aspek. Tidak ada segragation di antara ‘ibadat dan muamalat. Segala kegiatan manusia termasuk sastera dan seni adalah termasuk ibadat dengan syarat tidak menyalahi nilai-nilai Islam. Ini bermakna there is no such thing as sastera dan seni Islam dan kemudian sastera dan seni yang tidak ada kena mengena dengan Islam. Sebagai seorang Muslim, kita dikehendaki menerapkan nilai- nilai Islam dalam segala aspek kehidupan. Tidak boleh ada “double standard” dalam Islam. 
4.    Dalam konteks al-Tawãzun, sastera Islam mesti mengamalkan ciri balance. Tidak boleh excessive dalam sesuatu aspek dan mengabaikan aspek yang lain. Perlu ada keseimbangan dalam nilai seni dan mesej atau amanat yang hendak diutarakan. Jangan sampai kerana nama seni, aspek amanat mendukung nilai-nilai Islam diabaikan. Begitu juga jangan atas nama berdakwah, nilai- nilai seni diabaikan atau diremeh-temehkan.
5.    Sastera Islam perlu bersifat al-Ijãbiyyah, positif. Misalnya, dalam menggambarkan kehidupan manusia, penulis sastera Islam perlu bersikap positif dan tidak hanya menggambarkan ciri-ciri negatif seperti sikap berputus-asa, kegagalan dan kemusnahan- “Inna ma‘al ‘Usrî yusrã”.
6.    Sastera Islam harus bersifat realistik kerana Islam adalah agama yang realistik. Manusia tidak pernah di suruh melaksanakan sesuatu di luar kemampuannya-“Lã yukallifu nafsan illã wus ‘ahã”.
7.    Sastera Islam mesti mendukung hakikat Keesaan Allah. Tidak boleh ada percanggahan dan sekutu. Tidak ada tempat untuk watak-watak atau adegan yang mempertikaikan keesaan Allah.      

Maka dengan itu, sastera Islam adalah sastera yang bertanggung-jawab. Yang ada iltizam. Bukan sastera dan seni yang menggambarkan dan melakarkan adegan-adegan lucah dengan alasan menggambarkan realiti kehidupan, kemudian tidak berani bertanggung-jawab menghadapi consequencesnya terhadap masyarakat yang sudah tertagih dengan adegan-adegan tersebut as a direct result dari pemaparan adegan lucah tersebut. Di antara faktor- faktor yang perlu diberi perhatian dalam menghasilkan sastera Islam adalah:

1.    Sastera Islam bukan sastera yang memandang mudah tentang aspek-aspek kesenian dalam penulisan. Islam amat mengambil berat tentang aspek-aspek seni dan dalilnya adalah al-Quran itu sendiri.
2.    Sastera Islam menekankan peri pentingnya isi kandungan fikiran yang terdapat dalam sesuatu penulisan.
3.    Sastera Islam membicarakan dan meliputi segala aspek kehidupan.
4.    Sastera Islam mengamalkan sifat amanah dalam menggambarkan tentang suatu realiti kehidupan.
5.    Sastera Islam tidak membuang masa membicarakan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah ‘abath“Afa Íasibtum annamã khalaqnãkum ‘abathan wa annakum ilainã lã turja‘Ën” (Mukminun: 115).
6.    Sastera Islam bukan qawã‘id jãmidah kaedah yang lapuk dan beku. Malah seperti Islam itu sendiri, sastera Islam bersifat innovatif dan refreshing.
7.    Sastera Islam adalah sastera yang berjiwa sedar (adab al Ìamîr al Íay), sastera yang lahir dari naluri yang luhur adab al wijdãn al salîm, sastera bertasawwuryang betul, sastera yang aspek khayalnya membangun bukan dongeng dan pasif dan sastera yang berperasaan yang luhur dan lurus.
8.    Sastera Islam adalah sastera yang menekankan wudhuh (jelas) dan tidak mengelirukan. Sastera Islam tidak mungkin terhasil kecuali jika terbit dari zat (suatu entiti) yang telah dikurniakan nikmat untuk merasakan apa itu keyakinan. Dari zat yang bahagia dengan rasa keyakinan tersebut. Dari zat yang telah terpaut dengan manhaj (sistem) Allah.


Sebagai kesimpulan, sastera Islam adalah:
1.    Ungkapan seni yang indah dan berkesan.
2.    Terbit dari zat yang beriman.
3.    Adalah terjemahan tentang kehidupan, manusia dan ‘alam sekitar.
4.    Berlandaskan asas- asas ‘aqidah seorang Muslim.
5.    Membangkitkan keseronokan (mut‘ah) dan bermanfaat.
6.    Penggerak atau stimulus fikiran dan perasaan.  
7.  Senantiasa bersiap sedia dan tidak teragak-agak untuk mengambil sesuatu pendirian dan keputusan dan bertindak dengan mengambil sesuatu langkah yang diperlukan. (Najib al Kaylani, 1992; 32- 36). 
 

iLuvislam.com

Ingatlah

Dari Abu Hurairah R.A., dari Nabi S.A.W., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah (s.a.w.)".

Jumlah Paparan Halaman