Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sabtu, 30 Jun 2012

Wordpress of Tafsir fi Zilal al-Quran


TAFSIR FI ZILAL AL-QURAN 
--> http://tafsirzilal.wordpress.com


P/S: 
# Boleh didapati dalam 3 bahasa utama; Arabic Language, Bahasa Indonesia & English Language.
# Merangkumi tafsir untuk 114 surah di dalam al-Quran.
# Dalam Edisi Lengkap/Complete Edition.

TAJDID NIAT, TAJDID SPIRIT ! Selamat Beramal ! :)

Selasa, 26 Jun 2012

Quote by Sayyid Qutb

“ Indeed our words will remain lifeless, barren, devoid of any passion, until we die as a result of these words, whereupon our words will suddenly spring to life and live amongst the hearts that are dead, bringing them to life as well.”

Menyelami WASIAT Sayyid Qutb

Beliau adalah salah seorang mujahid agong abad ke 20 yang syahid di tali gantung kerana mempertahankan ‘Rabbunallah’.


Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan airmatamu
Maka di atas tulang-tulangku
Yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat ummat ini
Dan……
Teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Saudara!
Kematianku adalah satu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merindu
Taman-taman di syorga Tuhanku bangga menerimaku
Burung-burung-Nya berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi

Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelanan di alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar...

Wasiat ini di tulis beberapa ketika sebelum beliau menemui syahid. Jika di baca sekali imbas, tidak akan dapat di fahami sepenuhnya. Tetapi sebaliknya jika dibaca berulang-ulang kali dan cuba menghayati apa maksud yang tersirat di sebalik keindahan bait bait sajak beliau itu maka kita akan dapat merasai kesayuan dan menangisi pemergian beliau - berkorban hatta nyawa demi Islam. Beliau adalah salah seorang mujahid agong abad ke 20 yang syahid di tali gantung kerana mempertahankan ‘Rabbunallah’.

Isnin, 25 Jun 2012

Riwayat Hidup Sayyid Qutb



  • Nama penuh: Sayyid Qutb bin Ibrahim Qutb
  • Hafaz al-Quran sewaktu usia 9 tahun
  • Berbakat dalam bidang sastera dan menguasai bahasa Arab dengan baik
  • Belajar di Madrasah Ulum (uni bahasa)

tersebutlah kisah...

Lahir, suka dgr al-Quran, bercita2 nak jadi Qari

Sayyid Qutb lahir tahun 1906 di Egypt. oleh kerana ayah dan ibunya sangat kuat mematuhi ajaran agama dan tergolong dalam orang2 yang menyintai Al Quran, Sayyid Qutb pernah berangan2 untuk mempunyai suara yang lunak merdu seperti qari2 yang memperdengarkan tilawah Al-Quran kepada ibunya. namun Allah tidak mengizinkannya kerana Allah telah menjadikannya sebagai orang yang lebih hebat lagi di zamannya.

Menghafaz, suka membaca dan beri idea bernas

Beliau mula hafal Al Quran sejak 10 tahun. sejak kecil dan remaja, beliau mula memperlihatkan kegemaran membacanya yang mantap serta boleh memberi idea2 yang bernas.
 

iLuvislam.com

Ingatlah

Dari Abu Hurairah R.A., dari Nabi S.A.W., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah (s.a.w.)".

Jumlah Paparan Halaman