Beliau adalah salah seorang mujahid agong abad ke 20 yang syahid di tali gantung kerana mempertahankan ‘Rabbunallah’.
Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan airmatamu
Maka di atas tulang-tulangku 
Yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat ummat ini
Dan……
Teruskan perjalanan ke gerbang jaya
Saudara!
Kematianku adalah satu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merindu
Taman-taman di syorga Tuhanku bangga menerimaku
Burung-burung-Nya berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi
Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelanan di alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar...
Wasiat  ini di tulis beberapa ketika sebelum beliau menemui syahid. Jika di  baca sekali imbas, tidak akan dapat di fahami sepenuhnya. Tetapi  sebaliknya jika dibaca berulang-ulang kali dan cuba menghayati apa  maksud yang tersirat di sebalik keindahan bait bait sajak beliau itu  maka kita akan dapat merasai kesayuan dan menangisi pemergian beliau -  berkorban hatta nyawa demi Islam. Beliau adalah salah seorang mujahid  agong abad ke 20 yang syahid di tali gantung kerana mempertahankan  ‘Rabbunallah’.
Beliau  telah mengorbankan sebahagian besar hidupnya dalam mendalami Al-Qur’an  (lebih 10 jam sehari) dengan roh perjuangan dan ketegasan sikap serta  pemikiran yang cukup bernas. Hingga kini hasil penulisan beliau yang  dibukukan menjadi rujukan kepada setiap peringkat gerakan dan pencinta  Islam.
Pesanan  akhir beliau dirangkumkan dalam bentuk puisi/sajak dan amat menyentuh  perasaaan jika memahami maksud yang tersirat. As-Syahid Syed Qutb  mengisytiharkan bahawa tugas tugas beliau di muka bumi ini telah selesai  dan telah sampai masanya dia kembali kepada Allah SWT yang sememangnya  di nanti-nantikan. Hasil kreativiti dan penulisan beliau telah cukup  menjadi saksi beliau di hadapan Allah SWT dan menjadi bekalan dan  rujukan kepada pencinta-pencinta Islam yang akan meneruskan  perjuangannya.
Pada  rangkap pertama, As-Syahid amat pasti bahawa akan ada saudara-mara,  sahabat handai dan para dai yang menangisi pemergiannya (kematiannya).  Beliau yakin, tangisan itu akan menyalakan semangat atas dasar iman  (nyalakan obor buat umat ini) untuk meneruskan perjuangannya hingga  berjaya. Perjuangan untuk mendaulatkan Deen Allah di dalam kehidupan  tidak akan berkahir, walaupun perjuangannya telah kembali kepada Allah  SWT. Pasti ada pejuang lain yang akan tampil mengganti di kalangan  Ikhwan yang diproses keimanannya. Beliau amat mengharapkan para  pendakwah TERUSkan kewajiban berjihad menegakkan yang ma’ruf dan  mencegah yang munkar hingga berjaya dan sekaigus menumpang Jahiliyah  yang bermaharajalela di muka bumi ini. Perjuangan itu ibarat mengenggam  bara api sampai menjadi arang (diatas tulang-tulangku yang hancur luluh)  dan ibarat lilin yang membakar demi Islam!
Rangkap kedua beliau menyatakan bahawa berakhirnya hayat beliau di tali gantung bukan bermakna beliau telah mati. Sebaliknya beliau masih hidup di sisi Allah SWT.







Tiada ulasan:
Catat Ulasan