Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Selasa, 28 Ogos 2012

Puasa Untuk Mereka Yang Diwajibkan BerJIHAD






Semalam pintu taqwa telah terkuak, dan kita telah melangkah pintu melewati ambangnya, iaitu dengan kita berniat untuk berpuasa pada hari ini, menunai solat tarawih, dan bersahur, dan seterusnya kita berpuasa pada hari ini buat pertamanya pada bulan Ramadan al-Mubarak pada tahun 1433H ini.

Dan hari ini kita sedang berenang di samudera Ramadan yang disediakan Allah khusus untuk kita hamba-hambaNya yang mulia. Matlamat kita bukan sahaja untuk berlapar, menjauhkan diri kita daripada makan dan minum dan melepaskan kedahagaan seks, tapi mejangkau jauh lebih tinggi dari itu, ke puncak petala langit bersama-sama jiwa kita semata-mata untuk bertaqwa kepada Ilahi.

Dalam bulan Ramadan yang mulia ini, kita diperintah untuk berpuasa? Kenapa kita berpuasa? Allah yang memerintah kita untuk berpuasa itu telah terlebih dahulu memberi jawapannya kenapa kita wajib berpuasa? Jawapan Allah itulah yang menjadi matalamat suci kita dalam berpuasa.

Allah berfirman dalam kitab suci al-Quran, “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana ia diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu dari kamu supaya kamu bertaqwa”.Al-Baqarah: 183.

Sesungguhnya puasa itu salah satu daripada rukun Islam yang lima di mana di atas rukun-rukun itulah tertegaknya Islam itu. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Diasaskan Islam itu di atas lima perkara, iaitu naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah, mendirikan sembahayang, menunaikan zakat, puasa pada bulan Ramadan, mengerjakan Haji ke Baitullah bagi mereka yang kuasa [mampu]”.


Kesan Terhadap Jiwa

Puasa yang benar itu mempunyai kesan yang amat besar terhadap jiwa kita, manuisa makhluk Allah yang telah dilantik Khalifah di bumi ini yang hidupnya terpaksa mengharungi lautan samudera perjuangan-perjuangn yang pahit dan getir dilanda ombak dan gelombang yang tidak pernah surut melanda pantai hati dan jiwa manusia.

Itulah dikatakan oleh Sayyid Qutb, “Adalah satu perkara yang wajar puasa itu difardukanke atas umat yang diwajibkan berjihad kerana sabil Allah untuk menegakkan agama-Nya di bumi dan memimpin umat manusia dengannya dan seterusnya untuk menjadi saksi terhadap umat manusia. 

“Puasa merupakan satu bidang amalan untuk mengukuhkan kemahuan yang tegas dan penuh tekad, suatu bidang amalan perhubngan manusia dengan Allah, iaitu perhubungan yang penuh taat dan patuh dan satu bidang untuk meningakt diri di atas keperluan jasad dan melatihkan diri agar tahan menanggung tekanan keperluan-keperluan itu demi mengutamakan pencapaian keredaan dan kenikmatan dari sisi Allah”.

Semua itu kata beliau, merupakan anasir-anasir yang perlu untuk menyediakan jiwa manusia menanggung kesulitan dan kesukaran di jalan perjuangan dakwah yang terhampar dengan berbagai-bagai halangan dan duri-duri, iaitu jalan yang bertaburan di segenap sudutnya dengan berbagai-bagai keinginan hawa nafsu dan jalan yang penuh ribuan godaan yang menyeru dan memujuk orang-orang yang sedang menjalani perjuangan dakwah.

Selain dari itu semua, katanya terdapat pula kesan-kesan puasa yang berguna kepada fungsi-fungsi tubuh badan. Walau pun saya tidak suka menghubungkan fardu-fardu dan perintah-perintah Ilahi mengenai amalan ibadat khusunya dengan faedah fizikal yang boleh disaksikan oleh pancaindera kerana hikmat yang semula jadi dan dari ibadat-ibadat itu ialah menyediakan nakhkuk insan untuk memainkan peranannya di bumi ini dan seterusnya menyediakan untuk mencapai kesempurnaan yang telah ditetapkan baginya di dalam kehidupan akhirat. Namun demikian katanya, saya tidak suka menafikan faedah-faedah fizikal dari fardu-fardu dan perintah-perintah Ilahi yang dilihat oleh pengamatan dan pandangan sains.

Seterusnya hujah beliau lagi, “Ini berpegang kepada apa yang dilihat dan difaham dari tadbir Ilahi yang hendak memelihara kebaikan diri manusia secara menyeluruh dalam segala amal ibadat yang fardu dan diperintahkan kepada mereka. Tetapi kita tidak menghubungkan hikmat taklif Ilahi itu dengan faedah-faedah yang ditemui oleh ilmu manusia, kerana bidang ilmu manusia itu terbatas. Ia tidak dapat meluas dan meningkat hingga mencakupi seluruh hikmat Allah dalam segala perkara yang ditetapkan untuk mengasuh makhuk insan atau mengasuh seluruh alam buana ini secara tepatnya”.

Katanya salah satu daripada matalamat fardu puasa, iaitu supaya orang-orang yang beriman dapat menyedari nilai-nilai idayah yang paling ditaklifkan Allah kepada mreka dan mreka akan dapati kesedaran ini di dalam hati mereka dalam masa berpuasa lebih banak daripada segala masa yang lain.

Tegas beiau semasa berpuasa, “Hati mereka terhalang daripada memikirkan perkara-perkara maksiat dan anggota-anggota mereka tersekat dari daripada melakukan maksiat kerana mereka benar-benar merasa dan menyedari nilai-nilai hidayah itu. Kerana itu hendaklah mereka mengagungkan Allah yang telah menganugerahkan hidayah ini kepada mereka supaya mereka bersuykur”.

Allah befirman,“Dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu supaya kamu bersyukur”. Al-Baqarah:185.

Demikian bicara Sayyid Qutb.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

iLuvislam.com

Ingatlah

Dari Abu Hurairah R.A., dari Nabi S.A.W., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah (s.a.w.)".

Jumlah Paparan Halaman