Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Rabu, 29 Ogos 2012

SURAH YASIN....Apa Kata Sayyid Qutb...



Surah Yaasin juga adalah surah yang agak rapat dengan orang Melayu (bak kata seorang naqib), selalu dibaca di malam Jumaat, namun sayangnya penghayatan surah Yaasin dalam kalangan masyarakat melayu tak kemana.

Syed Qutb berkata dalam muqaddimah tafsir surah ini, ayat dalam surah Yaasin sengaja disusun dgn begitu indah, bait-bait kata yang ringkas dan cepat nada bacaannya adalah seperti mengetuk pintu hati untuk dibuka menerima mesej seterusnya..(tok..tok..tok..hatiii...ooo..hati...)

Surah Yaasin ni awal-awal lagi dah menegaskan tentang hakikat al-quran dan kebijaksanaannya, Syed Qutb berkata, kebijaksanaan al-Quran dapat dirasai bilamana kita membacanya dan menghayati rasa setiap ayat yang dibacakan, seolah-olah kita mendengar alquran sedang berhujah, sedang bercerita, sedang mengeluh, sedang marah bahkan juga sedang melontar pujian dan pujukan buat orang beriman.



Lihatlah awal surah Yaasin ini juga, selepas penegasan Nabi Muhammad s.a.w sebagai seorang rasul dari banyaknya rasul yang telah diutuskan sebelum ini, Allah menceritakan fungsi Nabi adalah untuk mengingatkan kaumnya akan azab Allah yang menanti andai mereka ingkar, dalam Surah yaasin ini, dikatakan perutusan nabi s.a.w untuk kaum Arab yang sudah lama tidak menerima perutusan rasul selepas Nabi Ismail a.s (ada dibahaskan, perutusan Nabi Muhammad s.a.w tetap untuk sekalian alam dan penutup nabi-nabi, silalah baca perbahasannya yee), lamanya mereka tidak mendapat peringatan sehingga hati mereka lalai dari meletakkan ubudiyyah mereka kepada Allah yang maha Esa, maha kuasa..

Begitulah hati kata Syed Qutb, bilamana ia lalai, ia akan menjadi anti-kebenaran, susah menerima haq, sukar memberi yang haq. maka bagi mereka yang mengaku daie, jauhilah hati yang lalai, kerana seorang daie bukan saja perlu menerima kebenaran kalimah rabb, tetapi juga perlu menyampaikan, andai hati yang kotor itu, masakan boleh memberi sesuatu sesucinya kalimah kalimah agama?

Syed Qutb juga ceritakan tentang sunnah manusia ada yang beriman dan ada yang Allah takdirkan mereka tergolong dari mereka yang dihijab dari petunjuk dan kebenaran itu. Hijab yang dikatakan itu, kalau ikut tulisan TGHH dalam tafsirnya adalah kecintaan pada dunia, yang menghalang mereka dari menerima islam, yang seolah-olah diceritakan dalam ayat 8 berpintal-pintal di leher manusia itu sehingga terdongak mereka, tidak lagi mampu melihat kebenaran dihadapan mereka, bahkan Allah pula menjadikan dihadapan, di belakang, kiri dan kanan mereka dinding yang menghalang mereka dari melihat kebenaran, maka jadilah mereka orang yang sama saja, andai diberi peringatan mahupun tidak..
mereka tetap tidak beriman (rujuk ayat 10)....
ada lagi lepas tu, tapi nak kongsi banyak la pulak, sebaiknya korang try baca, mungkin boleh membantu tadabbur Al-Quran Insyaallah, bak kata Prof Tariq Ramadhan, Sesiapa yang membaca Al-Quran tetapi tidak menghayati maknanya, dia sebenarnya telah menzalimi Al-Quran itu sendiri.

Tariq Ziad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

iLuvislam.com

Ingatlah

Dari Abu Hurairah R.A., dari Nabi S.A.W., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah (s.a.w.)".

Jumlah Paparan Halaman